Sosio Ekonomi


Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP)



  • Mengurus pengedaran baja melalui rangkaian Pertubuhan Peladang
  • Memastikan mutu dan kualiti baja
  • Memastikan bekalan adalah mencukupi mengikut pesanan 

Mula dilaksanakan pada tahun 1979 dengan nama Skim Subsidi Baja Padi [SSBP]

Skim ini kemudiannya dikenali sebagai SBPKP pada tahun 1998 atas arahan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

Tujuan utama adalah untuk memberi galakan dan menarik minat kaum petani supaya kekal dalam sektor penanaman padi



Skim Insentif Pengeluaran Padi (SIPP)



  • Membekal baja NPK tambahan, racun dan kapur
  • Memastikan kuantiti bekalan adalah mencukupi
  • Memastikan kualiti bekalan adalah mengikut spesifikasi
  • Memastikan penghantaran adalah mengikut pesanan 

Dilaksanakan melalui Dasar Jaminan Bekalan Makanan Negara yang telah diluluskan pada tahun 2008

Untuk meningkatkan produktiviti sektor agro makanan negara yang merangkumi peningkatan pengeluaran beras