PROGRAM SEMARAK AIDILFITRI 2015

Jawatankuasa Penyeliaan Pelaksanaan Bantuan Kerajaan kepada Industri Padi & Beras Zon Utara telah menganjurkan Majlis Jamuan Aidilfitri 2015 dengan kerjasama Malaysian NPK Fertilizer Sdn Bhd.

Majlis yang diadakan pada 14 Ogos 2015 tempoh hari, selain bertujuan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri 2015, turut berfungsi sebagai tempat untuk warga tani terutamanya yang berkaitan dengan industri padi & beras zon utara merapatkan lagi silaturrahim sesama mereka.

Majlis tersebut yang dianjurkan bertempat di TH Hotel & Convention Centre, Alor Setar turut menyaksikan kehadiran Pengerusi NAFAS, Dato' Seri Saipolbahri Bin Hj Suib yang telah sudi menyampaikan ucapan perasmian majlis. Sebagai mewakili tuan rumah, Dato' Hj Ismail Bin Hj Salleh, Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Kedah Darul Aman merangkap Pengerusi Jawatankuasa Zon Utara telah menyampaikan ucapan aluan pada majlis tersebut.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pengerusi & Pengurus Besar, Pertubuhan Peladang Kawasan Perlis, Kedah & Pulau Pinang iaitu seramai 500 orang tetamu bagi mewakili seluruh petani zon utara.

Ketua Pegawai Eksekutif, Malaysian NPK Fertilizer Sdn Bhd (MNFSB), En Abd Halim Bin Hamzah turut menghadiri majlis tersebut bersama dengan kakitangan pegurusan MNFSB yang lain.