LAWATAN TIMBALAN MENTERI PERTANIAN

Pada 2 September 2014, Timbalan Menteri Pertanian & Industri Asas Tani, Yang Berhormat, Dato' Tajudin Bin Abdul Rahman telah menjejakkan kaki buat kali pertama ke Malaysian NPK Fertilizer Sdn Bhd.

Lawatan beliau ke MNFSB adalah dalam kerangka lawatan rasmi beliau ke Negeri Kedah. Lawatan yang dianjurkan oleh Lembaga Pertubuhan Peladang Kedah tersebut turut disertai oleh:

  • Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang, Dato' Hj Zainal Bin Dahalan
  • Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang, Dato' Arpan Shah Bin Satu
  • Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Kedah, Tn Hj Ismail Bin Hj Salleh

Lawatan tersebut turut disertai oleh kakitangan Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Kedah. Bagi pihak Malaysian NPK Fertilizer Sdn Bhd, Pengurus Besar NAFAS, Dato' Ab. Rahman Bin Ismail telah menyampaikan kata-kata aluan dan taklimat korporat NAFAS dan MNFSB.

Ketua Pegawai Eksekutif MNFSB, En Abdul Halim Bin Hamzah turut bersama dalam sesi lawatan tersebut dan menyampaikan taklimat operasi di bahagian pembungkusan & makmal MNFSB.