PERBINCANGAN DUA HALA NAFAS DENGAN PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN SELURUH NEGERI KEDAH

Pada 6 April 2015 telah berlangsung satu program Perbincangan Dua Hala antara Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) bersama dengan Pertubuhan Peladang Kawasan seluruh negeri Kedah Darul Aman.

Program tersebut adalah bertujuan untuk memberikan maklumat-maklumat terkini berkaitan NAFAS disamping mendapatkan maklum balas secara langsung daripada petani-petani seluruh Negeri Kedah berkaitan dengan perkhidmatan yang dibekalkan kepada para petani.

Seramai 120 orang Pengerusi & Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kawasan menghadiri program tersebut yang berlangsung di Bilik Seminar, Malaysian NPK Fertilizer Sdn Bhd, Gurun, Kedah.

Ucaptama program telah disampaikan oleh Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Kedah iaitu Tn Hj Abd Lateh Bin Hj Mohd Saman. Pengurus-pengurus Bahagian NAFAS turut mengambil peluang untuk memberikan penerangan di samping menjawab persoalan-persoalan yang ditimbulkan oleh peserta.

Ketua Pegawai Eksekutif MNFSB, En Abd Halim Bin Hamzah turut memberikan penerangan berkaitan dengan operasi dan kualiti baja yang dihasilkan oleh MNFSB.

Program tersebut berakhir dengan Jamuan Makan Tengahari pada pukul 1.00 petang.